Logo Sekolah

Simple, easy image hosting by RaidPIC

Thursday, April 30, 2009

Selamat Datang Ke Blog SMK Sultan Abdul Samad

Sejarah Sekolah:

Sekolah ini mula dibina pada 1 Julai 1968 bertempat di Jalan Landasan, Bukit Kuda atas usaha kerajaan memandangkan kawasan ini masih belum terdapat sekolah menengah.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Bukit Kuda, sempena dengan nama tempatnya. Ia mempunyai dua aliran iaitu aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Menengah pertama yang menawarkan aliran Melayu di daerah Klang pada waktu itu.

Pada 1 Jun 1970, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh DYTM Tengku Idris Shah, Raja Muda Selangor ketika itu dan dinamakan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad sempena dengan nama Sultan Selangor yang ke IV.

Sehingga kini, Sekolah Menengah Kebangsaaan Sultan Abdul Samad telah ditadbir oleh seramai 11 orang pengetua. Beriku ialah senarai nama pengetua-pengetua yang menerajui sekolah ini:

1. Tn Haji Alias b. Abdul Rahman (1968~1977)
2. Tn Hj. Baharom b. Mattan (1979~1980)
3. En. Abu Bakar b. Ahmad (1981~1983)
4. Tn. Hj. Mazlan b. Haji. Mohd Yusof (1984~1986)
5. Tn. Haji Ajidan b. Haji Hashim (1986~1987)
6. Tn. Haji Omar b. Puteh (1987~1988)
7. Pn. Hajah Zahrah bt. Mahmood (1988~1993)
8. Tn. Hj. Zainal Abidin b. Moktar (1993~1994)
9. Pn. Hjh Siti Aishah bt. Abdullah (1995 ~ Jun 1994)
10. Pn. Hjh Sriyati bt. Haji Abdul Manan (Jun 2001 ~ Julai 2005)
11. Pn. Nasamalar a/p Balakrishnan (Julai 2005 ~ Kini)

Kini, Pn. Nasamalar a/p Balakrishnan, dibantu oleh Pn. Hjh. Zanariah bt. Ibrahim sebagai Penolong Kanan, En. Soo Choon Yong sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Norazni Othman sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Norsiha Dahlan Sebagai Penyelia Petang, 4 orang Guru Kanan Mata pelajaran, 83 orang guru dan 12 orang staff sokongan.




Visi Sekolah

SMK SULTAN ABDUL SAMAD
Cemerlang Dalam Pendidikan Bersepadu Menjelang 2010

Moto Sekolah
Yakin Diri Jaya


Misi Sekolah
Kami warga SMK SAS beriltizam untuk merealisasikan visi kami dengan :
- Mempertingkatkan kuality pengurusan sumber dalam semua bidang.
- Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum untuk kecemerlangan diri, sekolah dan masyarakat.
- Berusaha melahirkan pelajar berketrampilan, berdisiplin dan berakhlak mulia.
- Menyediakan suasana sekolah yang selamat, sihat, ceria dan kondusif untuk P&P berkesan.
- Membina permuafakatan dan persefahaman bersama komuniti setempat dengan penuh kesopanan dan kemesraan.

Falsafah Sekolah
"Mendidik dan menerapkan nilai kebudayaan untuk mewujudkan warganegara yang berdisiplin, bermoral, berpendidikan, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi di samping memenuhi cita-cita unggul masyarakat Malaysia ke arah perpaduan kaum dan kesejahteraan diri."
"Mematuhi tanggungjawab negara untuk mendidik pelajar-pelajar dan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum."

Piagam Sekolah
Berdasarkan kemampuan sumber yang ada, peraturan dan akta yang berkaitan, kami, masyarakat sekolah ini sentiasa berusaha mencapai cita-cita bagi mewujudkan :
- Sistem Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang sistematik, dinamik dan efisyen ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
- Masyarakat sekolah yang penyayang, menjamin keselamatan, kebersihan, keindahan dan keceriaan fizikal sekolah, kawasan dan alam sekitar.
- Sahsiah dan akhlak yang murni di kalangan staf dan pelajar berdasarkan budaya sekolah KBSM.
- Amalan beragama menepati prinsip Rukun Negara. Seterusnya akan melahirkan insan mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Negara sebagai generasi Wawasan 2020.

Matlamat Sekolah
- Mewujudkan suasana disiplin dan moral yang baik serta alam sekitar yang bersih, nyaman dan selesa di sekolah.
- Mewujudkan peluang sebanyak mungkin bagi pelajar untuk bergiat dalam kegiatan kokurikulum.
- Meninggikan prestasi akademik yang biasanya diukur dari keputusan Peperiksaan awam.

----------------
Lagu Sekolah
----------------
Sekolah Kami Sultan Abdul Samad
Penyinar hidup kami semua
Rajin berusaha setiap masa
Kami akan berjaya

Kami semua harus berbangga
Menjunjung cita mulia
Mengamalkan cogan kata
Yakin diri jaya

Kami janji akan berjasa
Kepada nusa dan bangsa
Menjadi rakyat yang berguna
Itulah harapan semua

1 comment:

  1. 9. Pn. Hjh Siti Aishah bt. Abdullah (1995 ~ Jun 1994)


    Should be (1995 ~ Jun 2001)

    :)

    I miss her a lot!

    ReplyDelete